|
|
| Wednesday, 1-Apr-2009 06:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
11 hour's Cameron Highland endurance ride
|
 |
|
Logistik dari peserta Uitm Kelantan
|
|
 |
|
Pukul 7am...
|
|
 |
|
Bergambar sebelum bertolak
|
|
 |
|
aksi aksi dari peserta Uitm
|
|
|
 |
|
Aksi sebelum berkayuh
|
|
 |
|
Pian sdg bagi penerangan
|
|
 |
|
doa selamat sebelum berlepas
|
|
 |
|
memulakan kayuhan
|
| | View all 95 photos... |
|
Tempat permulaan: Lembah Bertam
Tamat: Jalan masuk ke ladang BOH.
Tarikh: 30hb March 2009
Peserta: 37 orang
KMH sekali lagi berkunjung ke Cameron Highland kali ini dengan kelab MTB Recreatioon Alliance UITM Kelantan. Kesemuanya 37 orang termasuk seorang rescuer bermotor.
Tepat pukul 7:30 pagi kesemua telah berkumpul di hadapan apartment yang kami sewa selepas briefing kami semua bertolah ke Lembah Bertam yang jaraknya 10 km dari kediaman kami.
Sdr. Raffian merangkap leader kami pada kayuhan kali ini sekali lagi memberi penerangan tentang trail yang akan kami lalui nanti. Sebelum bertolak Ustaz Heckler (perserta paling senior) membaca doa agar kami semua selamat sampai ke penamat tanpa ada apa apa musibah yang menimpa.
Permulaan kayuhan semuanya gembira dan keadaan jalan nya berbatu batu disamping kenderaan jip bawa sayur bersimpang siur kat jalan ini. Tidak sampai 3 km kayuhan telah berlaku satu kemalangan kecil dimana salah seorang budak perempuan dari UITM telah terjatuh dari basikal nya dan mengalami luka di atas keningnya akibat terkena batu. Memandangkan kecederaan yang dialami nya dalam terpaksa bawa ke hospital.
Selepas berhenti rehat dalam 10 minit di satu perkampungan orang asli kami meneruskan kembali kayuhan kali ini trailnya banyak kena mendaki bukit. Pertengahan pendakian seorang lagi peserta perempuan dari UITM tumban kerana pitam. Keadaan nya mcm mengalami trauma dan terpaksa dipapah. Terpaksa panggil motor untuk dibawa naik untuk berkumpul dengan group yang dihadapan.
Hampir pukul 1 t/hari kami semua selamat sampai di perkampungan orang asli Kuala BOH. Dari sini kami ada separuh lagi kayuhan sebelum sampai ke jalan besar. Disini kami berehat panjang untuk makan dan solat zohor. Hampir 20 buah rumah ada disini dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti balairaya,masjid bekalan eletrik bersolar dan hampir semua rumah ada ASTRO..!!!
Selepas berehat panjang,kami meneruskan lagi kayuhan menuju ke Ladang BOH. Semua peserta nampaknya dah keletihan dan kehabisan bekalan air minum. Terpaksa lah kongsi dengan member2 yang masih ada bekalan air. Walaupun sepanjang trail kedengaran deruan air sungai tapi ianya terlalu jauh kebawah namaun begitu kami bernasib baik kerana ada sumber air 'bersih' betul betul ditepi laluan kami.
Kurang lebih pukul 4 petang, group aku berjaya sampai di pinggir ladang BOH dan join dengan group pertama. Berehat dalam 10 minit kat sini. Jam dah menunjukkan pukul 5 petang lebih. Sambil tunggu Che gu Mie,Saiful dan Hafiz dari group yang terkelakang sekali, tiba tiba dapat sms dari Saiful mengatakan Che gu Mie 'selok' kat dalam bukit sana yang kami sendiri tak tahu berapa jauh dai tempat kami berehat terpaksa panggil rescue bermotor sekali lagi untuk keadaan Che gu Mie. Alhamdulillah semuanya selamat, cuma dia nie dah kehabisan tenaga kerana kurang makan dan pagi tadi pun dia tak ambil sarapan, katanya tak sempat sebab lewat bangun tidur. Katanya hampir 3 kali dia kena tidur kat dalam hutan kerana keletihan...sebelum tu dia tolong tolak beskal peserta UITM yang pitam tu...dah lah naik bukit kena tolak 2 buah beskal sekali! tabik spring kepada che gu kita nih!
Hari semakin menuju senja dan cuaca semakin sejuk, masih ada lagi beberapa km tapi kena mendaki lagi sebelum sampai ke checkpoint terakhir di kilang tea di puncak. Pukul 6:30pm semuanya selamat sampai ke checkpoint terakhir...ada yang kayuh,ada yang tolak beskal dan ada yang terpaksa membonceng motor. Cuaca kat puncak ladang BOH nie sejuk betul tambah pula aku pakai baju lengan pendek...mengigil dibuatnya lepas nie tak payah mendaki lagi hanya menurun sahaja...yahoooo!!! buleh buat DH tapi sejuk lah!
Hampir pukul 7:15 kami semua turun dari puncak menuju ke jalan utama. Tak sampai 5 minit dah sampai kat bawah. Sampai kat bawah menggeletar bibir...sejuk bebbbb!
Alhamdulillah...semuanya selamat sampai ke garisan penamat,walaupun letih giler tapi semuanya hepi sebab misi berjaya dan lepas nie tak payah kayuh lagiiii...beskal naik kereta!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-May-2008 16:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MTB Challenge kat Tasik Kenyir
|
|
|
 |
|
Lie dok tengah fikir nak masuk acara apa tu...
|
|
 |
|
Kamarul & Cikgu Mie
|
|
 |
|
Tempat lepak kita orang...
|
|
 |
|
acara MTB on the road
|
| | View all 73 photos... |
|
Tempat: Disekitar Tasik Kenyir,Terengganu.
Tarikh: 24-27 April 2008
Masa:
Tahun lepas dah pergi tahun nie pergi lagik...tahun lepas ambik jugak bahagian, tahun nie ambik jugak tapi ambik no. plate ajer...
Tahun nie ada 4 wakil untuk acara DH. 2 orang DNF. Satu terjatuh dan satu lagi terjatuh gak tapi patah tulang bahunya. 2 orang lagi dapat meneruskan nya.
Tahun nie negeri Kelantan buat sejarah kerana ada wakil dari KMH yan yang turut serta dalam acara DH...hebat tu!!! !
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 7-May-2008 00:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ride to Lata Katak Finale
|
|
...lama betul sambungan story bergambar utk episod nie...
tapi apa apa pun aku hepi sebab dpt menyudahkan nya...thanks!!!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Nov-2007 15:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ride to Lata Katak - Part 1
|
 |
|
pose dari 'tuan kedai'
|
|
 |
|
Mie sedang test beskal...nampak mcm semacam ajer beskal nie...
|
|
 |
|
Cikgu Mie dgn Trek ekor lembut dia
|
| | View all 47 photos... |
|
Tarikh: 19 Nov. 2007
Day: Monday
Place: Jeram Chenulang, Kuala Krai.
Nie dikira program yang dibuat secara 'terkejut' idea dari bos kelab KMH. Seramai 4 orang yang turut serta pada hari tu.
Bertolak dari Kota Bharu pukul 2pm lebih lebih...singgah makan mee tersohor kat Kg. Pek, Machang. Pukul 3:30 sampai Chenulang. Berhimpun kat rumah bapak mertua aku...bila semuanya dah ready, mula berkayuh ke jeram. Jam dah menunjukkan hampir pukul 4pm.
Jalan menuju kesana sibuk dengan stewong balak...maklumlah kami ambik trail balak menuju kesana.
Setelah penah bertungkus lumuh menahan sebak dan lelah...pukul 5pm sampai lah kami semua ke tempat tujuan kami...Jeram.
Mari mandi weyyy...!!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jul-2007 06:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My T-bolt
|
|
Frame nya aku beli kat Iwan Faruqi...semuanya kena bayar RM335 termasuk FD dan ekor udang nya. Lain lain barang aku ambik dari beskal lama aku tu, tak banyak cuma crankset dan headset ajer...!!!
Frame tu, aku re-paint semula, warna putih.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jul-2007 04:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chempaka trail mini-race 2007
|
 |
|
Ramai yang sampai kat sini,jenguk2,pastu ambik jln shortcut!!!!
|
|
 |
|
kanak kanak sdg test gelungsur nya
|
|
 |
|
perserta sdg menuruni nya
|
| | View all 40 photos... |
|
Tarikh : 9 June 2007
Tempat : Trek Chempaka, Kota Bharu.
Masa : 10am
Atas usha untuk mempekenalkan trek Chempaka yang kami bina dari masa kesemasa, kelab KMH telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu pertandingan di trek tersebut. Peserta terdiri dari ahli kelab dan juga bukan ahli. Tiada sebarang bayaran yang kami kutip. Siapa yang mahu test ‘power’ …go on! tapi yang bestnya, hadiah ada kami sertakan untuk para pemenang…siap dengan makan sekali…!!!
Dalam race kali nie...ada berlaku sedikit kemalangan yang menimpa Kamarul. Dia terjatuh masa nak buat jump, sib baik tak teruk..!!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-May-2007 09:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KENYIR INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2007
|
|
Date: 26th-29th April 2007
Day: Khamis - Ahad
Location: Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.
26th – Bertolak ke tempat acara.
27th - 9am mendaftar diri sebagai peserta dalam katagori MTB On The Road (Senior) sejauh 30 km. 10 ahli kelab KMH mendaftar Cuma 4 orang yang berani menyahut cabaran. Bayaran pendaftaran RM10 dan RM5 untuk lesen.
Result: Kesemua members KMH club tidak dapat menghabiskan kesemua pusingan. Aku cuma dapat buat 2 pusingan sahaja dari 16 pusingan...semput peringkat nak pecah buah pinggang!
Petang: Cuaca mendung diikuti oleh hujan renyai renyai.
Test track cross-country (xc) dengan kawan kawan. Track dah jadi macam kubang kerbau…berlumpur dan licin…memang thrill giler! Ada part terjun lopak, daki tebing tinggi dan meniti jambatan sempit. Badan kesemua member dah jadi macam kerbau yang baru lepas berkubang, lumpur sampai masuk ke mulut…memang best sangat sangat! Letih? Tak usah nak cakap lar…hendak bernafas pun tak berapa lancar dibuatnya!
Lepas berkubang kat track, kita orang semua mandi kat jeti tasik sambil cuci beskal masing masing. Ada sorang pakcik bagitau, kedalaman tasik nie ada mencecah 4000 kaki! Ikan toman tak ader ke kat sini pakcik? Ada… tu yang buat aku lemah semangat nak mandi nie…
Malam: Lepas makan malam kita orang pergi pekena roti canai dan teh tarik kat gerai tepi tasik. Bila minta the dia kata tak ader susu pekat…kehabisan stok katanya. Aiiikkkk! semalam pun tak ada susu…tak kan lah tak sempat nak beli. So..terpaksalah we all semua minuman ‘O’ sahaja. Ramai member member yang tersengguk sengguk kat meja…mengantuk! Kebanyakan malam nie, semuanya tidur awal. Belum pukul 12 t/malam semuanya dah dibuai mimpi…tak macam mula mula sampai dulu. Ada group kami, pukul 5 pagi baru ‘senyap’ Aku yang tidur bersebelahan nie pun terkena tempiassss!
28th Pukul 7 pagi dah berendam dalam tasik. Air nya suam suam kuku. Best untuk mandi pagi. Pagi nie ada acara DH peringkat lelaki dan perempuan Junior dan Senior. Selepas sarapan aku tempat pertandingan. Sekarang peringkat wanita junior. Aku mmg tabik lar pada peserta Down Hill (DH) nie…walaupun perempuan tapi lasak giler! Aku sendiri tak berani nak kayuh beskal menuruni bukit. Kalau track premix tu taka per nie track tanah…berlopak, beralur dan licin! Kecerunan nya mencecah 80 darjah! Ada setengah setengah part tu, ada peserta yang bagi beskal dia jalan dulu…ada yang menggelungsur dengan beskal, ada yang terguling guling jatuh dan ada juga yang selamba badak turun dengan beskal. Berani betul dia orang nih…
Sehari sebelum tu, group aku ada bersembang dengan salah seorang peserta DH. Dia nie budak Penang. Dia bagitau, dia kayuh beskal masa dia form 2 lagik…tak macam kami, anak 2 baru nak kayuh beskal! hehehe…Dulu dia nie dlm katagori XC sekarang dah beralih kepada DH. Beskal dia pun aku tenguk berbelas belas ribu gak…dia bagitau frame sahaja dah RM8000!
Lepas habis acara, aku balik dahulu ke khemah. Aku nak cuci beskal aku dan mandi manda. Tak lama kedian, dia orang pun joint sama. Selepas makan t/hari kami semua pun berkemas untuk berangkat pulang. Bila semuanya selesai, kami singgah untuk lihat acara XC lelaki/wanita junior.
Pukul 6 petang barulah kami meninggalkan Tasik Kenyir…see again next year!
Berhenti rehat dan minum kat Bandar Permaisuri.
8pm kami berhenti sekali lagi. Kali nie kat Jerteh. Pekena roti tempayan. Ada sesuatu yang menarik kat sini…so aku syorkan, kalau kau orang semua melalui bandar Jerteh jangan lupa singgah kat sini. Kedai dia betul betul depan stesen minyak Petronas. Kalau dari Kota Bharu, sebelum sampai jambatan Jerteh. Apa yang menarik? Aku malas nak cakap, kau orang nengok sendirik lah yer...!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Mar-2007 23:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Back To The Nature
|
|
Kat tempat kami berhemah nie ada terdapat 2 air terjun...satu penduduk sekitar nie panggil Lata Katak dan Lata Bali.
Lata Katak - laluan kesana tak berapa sukar, ikut anak sungai ajer...cuma nak sampai sana kena meniti balak dan agak merbahaya.
Lata Bali - Tempat yang paling tinggi sekali. Punca air kepada penduduk sekitar Kg. Chenulang. Mereka bergotong royong memasang paip air dari sini.
Terpaksa meredah hutan sejauh 3 kilometer dan follow line paip yang dibina penduduk
kampong.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Feb-2007 13:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ride For Fun
|
|
Sempena cuti raya cina yang panjang tempuhari...aku balik ke kg. isteri aku kat RPT Chenulang kat Kuala Krai sanaaa...! jadi aku ambil kesempatan nak buat offroad dengan basikal aku tu. Tempat tujunya ialah Lata Mok Nenek. Tak berapa jauh...cuma 8 kilometer ajer tapi nak sampai sana kena daki bukit turun bukit, redah belukar, redah anak sungai dan mcm-mcm lagi...baru ada thrill!!!
(story dia aku catit lepas nie...masa tak mengizinkan)
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 11-Jan-2007 18:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KESAH SEBUAH BANDAR
|
|
Lahir nya Kota Bharu sebagai pusat pemerintahan bagi negeri Kelantan ialah kerana ibu negeri yang sebelumnya iaitu Kota Saba yang dahulunya terletak berhampiran dengan Tambatan Diraja sekarang ini disebabkan ianya kerap kali di landa banjir dan runtuh kedalam Sungai Kelantan, Sultan pada masa itu almarhum Sultan Mohd. Ke-II (Long Senik bin Long Tan) berpendapat ia harus dipindahkan ke tempat lain. Pada tahun 1844 Baginda telah memerintahkan agar didirikan sebuah istana baru di kawasan yang lebih selamat dari ancaman banjir dan tanah runtuh untuk dijadikan pusat pemerintahan.
Pada tahun tersebut Baginda telah merasmikan perisytiharan nama Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan mengambil sempena kota yang baru didirikan itu. Bagi mengelakkan kesamaran nama nama ibu negeri iaitu Kota Bharu yang sama dengan nama istana tersebut, baginda menitahkan supaya nama istana ditukar kepada nama Istana Balai Besar.
Sejak terdirinya Istana Balai Besar dan bandar Kota Bharu dalam tahun 1844, rakyat mula membina rumah kediaman dan kampong halaman mereka masing-masing di sebelah hilir dan hulukawasan Buluh Kubu atau Dalam Kubu. Akhirnya menjadi sebuah perkampungan yang besar. Pada mulanya Kota Bharu mempunyai keluasan 10.12 hektar yang dikelilingi oleh parit sebagai kubu dan dipagari pula oleh pokok-pokok buluh. Didalam kawasan kubu itulah didirikan rumah-rumah kediaman kerabat diraja, orang besar istana dan juga rumah-rumah orang berjasa kepada raja dan negeri. Manakala rakyat biasa di sekitar kawasan nya. Kawasan yang agak penuh sesak pada waktu itu ialah dikawasan hilir bandar Kota Bharu yang dikenali dengan nama Kampung Masjid dan Kubang Pasu atau Kampung Balik Hilir. Pada sebelah hulunya meliputi Jalan Haji Chik Su (Kampung Gajah Mati) dan Jalan Tok Hakim.
Pusat perniagaan dan pasar besar Kota Bharu mula-mulanya terletak ditepi Sungai Kelantan (tapak hotel River View sekarang). Pada masa itu kawasan tersebut adalah kawasan padang dan penuh dengan hutan belukar.
Bandar Kota Bharu mula berkembang pesat sejak dari tahun 1903 apabila satu pentadbiran baru diasaskan. Pada pertengahan tahun 1902 Perjanjian Inggeris dan Siam telah ditandatangani, dimana kerajaan Inggeris dan Siam bersetuju memperakui negeri Kelantan dibawah naungan Siam yang ditadbirkan secara Sistem Penasihat (Advisory System) oleh Residen dan Penolong Residen yang dipangku oleh William Armstrong Graham dan H.W Thompson telah tiba di Kota Bharu dari Bangkok. Pentadbiran baru di negeri Kelantan itu terkenal dengan nama Pentadbiran Graham yang berjalan selama 7 tahun dari 25hb. July 1902-15h. July 1909. Pejabat Setiausaha Kerajaan pada masa itu terletak di sebelah hadapan Istana Balai Besar sekarang dan terkenal dengan panggilan “opis panjang” atau “opis pohon celagi”.
Dalam tempuh 7 tahun banyak lah perubahan yang berlaku baik dalam bidang pentadbiran negeri Kelantan mahupun pada Bandar Kota Bharu khususnya. Beberapa jabatan kerajaan di wujudkan, antaranya:
1. Pejabat Khazanah (Perbendaharaan) – bertempat di sebuah rumah kecil didalam dalam kawasan Istana Balai Besar.
2. Mahkamah Rendah, Tengah dan Tinggi – bertempat di bangunan baru yang berhampiran dengan rumah kediaman Menteri Besar, Datuk Hassan Muhd. Salleh. Sekitar bangunan tambahan Masjid Besar Muhammadi (sebelah hulu berhadapan dengan Padang Merdeka)
3. Pejabat Penjara – terletak disekitar kawasan Hotel Temenggong sekarang dan pada zaman itu penjara tersebut terkenal dengan nama “Gok Buruk” yang terletak di kawasan seberang jalan bertentangan dengan dengan bangunan Hotel Temenggong yang menghala ke Sungai Kelantan. Pada tahun 1907 sebuah penjara baru dibina dikawasan Padang Perdana (dahulu terkenal dengan nama Padang Churchill) berhampiran dengan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV sekarang. Pada tahun 1950 sebahagian penjara ini telah dirobohkan dan di pindahkan ke Pengkalan Chepa. Sebahagian daripada bangunan penjara itu sekarang telah diduduki oleh Pejabat Kesihatan sekarang (unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor)
4. Pejabat dan Balai Polis – terletak dikawasan Jabatan Kastam dan Eksais sekarang yaitu ditepi Sungai Kelantan)
5. Pejabat Pos – terletak di kawasan tiang bendera Padang Merdeka.
6. Pejabat Pelajaran – dihadapan Pejabat Jajahan dan Tanah Kota Bharu sekarang.
7. Hospital – sama kawasan dengan Pejabat Pelajaran. Sebelum ini bangunan hospital terletak dikawasan kilang mancis di Sungai Keladi.
8. Pasar Besar – dalam tahun 1907 pasar ini terletak di sebelah hilir Panggung Lido sekarang (kawasan River View Hotel). Pasar ini terbakar pada tahun 1927, lalu dibina yang baru yaitu Pasar MPKB sekarang.
Pada tahun 1910 negeri Kelantan telah diserahkan oleh Siam kepada Inggeris dibawah Perjanjian Inggeris-Siam tahun 1909. Bandar Kota Bharu terus berkembang secara beransur ansur. Pada tahun 1912 cawangan Mercantile Bank telah dibuka di Kota Bharu (bank pertama di Kelantan). Bangunan bank ini masih lagi ada sampai sekarang ini (Bank Kerapu) dan terletak di sebelah hilir Padang Merdeka. Tapak bangunan bank itu asal nya tapak rumah kediaman Nik Yusoff Nik Abd. Majid bergelar Datuk Seri Paduka yang menjadi menteri besar Kelantan antara tahun 1844-1900.
Pada tahun 1925 Masjid Muhammadi yang ada sekarang ini siap dibina. Bangunan masjid baru itu ialah masjid batu bagi menggantikan masjid kayu yang lama yang telah dibina pada tahun 1867. Perletakan batu asas pembinaan Masjid Muhammadi telah dilakukan oleh Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhamad ke-IV pada 21 Ogos 1922 (28 Zulhijjah 1340H)
Pada tahun 1926 bandar Kota Bharu mula menggunakan letrik yang dibekalkan oleh sebuah jentera sederhana yang ditempatkan di sebuah bangunan di Jalan Tok Hakim. Pada masa itu ibusawat letrik terletak di Lundang, Jalan Pasir Puteh (sekarang sudah tiada kerana kita pakai sistem grid kebangsaan yang berpengkalan di Paka,Terengganu) Bekalan letrik mula digunakan dalam bandar Kota Bharu pada akhir tahun 1926 dan pada awal 1927 lampu-lampu minyak jalanraya dalam Bandar Kota Bharu beransur-ansur digantikan dengan lampu letrik yang dikendalikan oleh Pejabat Kerja Raya pada masa itu.
Pada tahun 1929, Hospital Besar Kota Bharu yang baru mula dibina disatu kawasan di Kampung Padang Garong (tempat sekarang ini). Sebelum itu ianya dikenali sebagai Hospital Umum Kota Bharundan terletak disatu kawasan berhadapan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu sekarang.
Pada tahun 1932, Pasar Kubang Pasu telah siap dibina disatu kawasan paya yang telah ditebus guna. Pada tahun 1935 bekalan air paip mula dgunakan didalam kawasan bandar Kota Bharu. Sebelum daripada itu penduduk Bandar Kota Bharu menggunakan air perigi atau telaga ataupun air dari Sungai Kelantan bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan tebing sungai.
Bagi tujuan menjadikan nya ibu negeri, mulai tahun 1939 bandar Kota Bharu telah diwartakan sebagai sebuah bandar dan ditadbir oleh Lembaga Bandran Kota Bharu dan pentadbiran ini ditukar kepad Majlis Bandaran Kota Bharu pada tahun 1953. Pada tahun 1971 pula Majlis Bandaran Kota Bharu telah dimansuhkan dan ditukar kembali ketaraf Lembaga Bandaran Kota Bharu. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Pada tahun 2005, kerajaan negeri telah memberi nama baru yaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Jumlah keluasan kawasan dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu ialah 115km persegi berbanding hanya 10.12 hektar pada di awal penubuhan nya.
Menyorot kembali sejarah bandar Kota Bharu, pada tahun 1942 iaitu pada zaman pemerintahan jepun, sebuah bangunan baru pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan telah didirikan di Padang Gimlette (sempena nama Dr. J.D Gimlette pegawai perubatan pertama di negeri Kelantan: 1909-1919). Bangunan ini satutingkat sahaja dan dibina menggunakan kayu chengal. Mengikut cerita, bangunan kayu ini telah dipindahkan dari Temangan di Machang. Bangunan ini kepunyaan syarikat bijih Jepun yang ditutup menjelang Perang Dunia ke-II.
Pada tahun 1973 Pejabat Setiausaha Kerajaan telah berpindah ke bangunan baru di persimpangan Jalan Hospital dan Jalan Doktor (Komplek Majlis Perbandaran Kota Bharu sekarang). Dengan siap nya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai, maka bermulalah pula era baru pejabat Setiausaha Kerajaan di kompleks “Kota Darulnaim”
Kini Kota Bharu mempunyai masa depan yang cerah, dengan siapnya Lebuhraya Timur-Barat dari Jeli ke Grik, Perak dan Lebuhraya Gua Musang, masa perjalanan dari Kota Bharu ke Pantai Barat dapat dipendekkan. Penumpuan kerajaan ini ialah untuk memajukan Bandar Kota Bharu selaras dengan taraf nya sebagai ibu negeri Kelantan. Disamping itu, factor lain boleh menjadikan Kota Bharu sebuah Bandar berkembang maju ialah pengwujudan Kawasan Perindustrian I dan II di Pengkalan Chepa. Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan pembinaan Hospital Besar Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains di Kubang Kerian.
Sejarah menunjukkan Kelantan mewarisi Sejarah Kebudayaan Melayu yang unik yang mencerminkan sifat,watak dan keperibadian Melayu. Kehidupan seluruh rakyat Kelantan tergambar melalui Bandar Kota Bharu yang menjadi pusat pentdbiran dan kebudayaan seperti seni persembahan, senibina,senikraf,seni pertukangan dan lain-lain sehingga Kota Bharu diisytiharkan sebagai Kota Budaya. Walaupun usaha-usaha memodenkan bandar Kota Bharu pesat dijalankan oleh MPKB-BRI, namun cirri-ciri ketimuran dan nilai nilai Islam tetap terpelihara.
Sejarah bandar Kota Bharu ini memang penuh dengan peristiwa suka dan duka. Kejayaan Kota Bharu berkembang maju menunjukkan kebijaksanaan nenek moyang kita memilih tapak bagi dijadikan “growth pole” atau pusat kemajuan sesuatu daerah. Kita patut berbangga dan merasa terhutang budi atas jasa dan pandangan jauh peneroka-peneroka dahulu yang telah mewariskan Bandar yang indah ini kepada warga bandar Kota Bharu.
(Muzium-Muzium di Kelantan oleh: Hj. Salleh Hj. Mohd. Akib, Abustari Yaacob, Wan Jaafar Jusoh dan Sabki Ibrahim)
|
|
|
|