Photo Blogging

By: Tok Ngulu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Dec-2006 13:08 Email | Share | Bookmark
Kiosk projek Diraja Kelantan

Pandangan Hadapan
Pandangan Kiri
Pandangan Kanan
Pandangan sebelah kiri
Pandangan sebelah kanan
Sedang menyusun barang barang.
Kos projek: RM80,000.00
Arkitek: Kamal Salahudin Akitek (KSA)
Kontraktor: Yus Construction & Trading
Penyelia Tapak Projek: Creative Model & Design
Tempat: Wakaf Che Yeh. Sebelah pasaraya Ceria.
Kegunaan: Menjual hasil kerja ahli2 pDRK

Kat sini aku story lah serba sedikit apa itu projek Diraja Kelantan.

Latar Belakang:
Projek Diraja Kelantan ini merupakan, program susulan yang lebih berintegrasi bagi mendekatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan kepada rakyat. Baginda berdua akan memberi ehsan dan memperkenalkan projek yang lebih bersepadu, untuk dimajukan secara berkelompok kepada golongan/komuniti yang sangat-sangat memerlukan. Ini termasuklah misalnya projek tanaman kulat, tanaman sayuran berkelompok, tanaman kontang, ternakan kambing biri-biri, puyuh, tanaman bunga-bungaan, kelapa wangi dan lain-lain.


Objektif:

* Membantu menambahkan sumber pendapatan serta menaikkan
taraf ekonomi penduduk-penduduk miskin di Negeri Kelantan
terutamanya dari golongan petani, penternak dan nelayan.

* Melatih kaum ibu dan golongan miskin ini berdikari dan berusaha
membaiki diri.

* Melahirkan insan yang beriman, bertakwa dan ingin maju diri untuk
meningkatkan taraf hidup melalui ilmu dan usaha

Konsep Perlaksanaan:
* Pemilihan tempat dan peserta oleh Ketua Jajahan melalui jawatankuasa yang dilantik.

* Kumpulan sasar adalah penternak/buruh/petani/nelayan/keluarga-keluarga mereka
termasuk isteri/anak-anak yang tergolong dalam golongan miskin.

* Penggawa/orang yang mempunyai kepimpinan diperingkat kampung akan dipilih
sebagai pemimpin kepada mereka-mereka yang terlibat dengan projek ini.
Penggawa/individu itu, akan mempengerusikan jawatankuasa perlaksanaan
peringkat kampung.

* Dalam hubungan ini sebuah jawatankuasa di peringkat kampung akan diwujudkan
dengan Ketua Jajahan/Wakil sebagai Penasihat dan wakil daripada Yayasan
Kraftangan akan ikut sama membuat pemantauan dari masa ke semasa.

* Pemilihan projek akan diputuskan oleh Jawatankuasa Projek Diraja, iaitu setelah
perbincangan dibuat dengan Ketua Jajahan sebagai Pengerusi kepada
Jawatankuasa Perlaksanaan Jajahan.

* Kos projek akan dibiayai dibawah satu dana yang kan diwujudkan.

* Semua hasil keluaran akan dipasarkan oleh FAMA dan agensi terlibat.

* Dicadangkan sebuah dana diwujudkan bagi memberi kemudahan pinjaman kepada
golongan sasar yang memerlukan model permulaan. Kemudahan pinjaman yang akan
diwujudkan tidak perlu mengenakan kadar faedah ke atas pinjaman yang dikeluarkan.
Sebaliknya mengambil sedikit keuntungan dari hasil produk yang dipasarkan.

* Ahli jawatankuasa Projek DiRaja Kelantan ditugaskan untuk memantau projek yang
dilaksanakan agar produk bermutu serta berkualiti, memberi khidmat nasihat dan
bayaran balik pinjaman supaya tidak tertunggak.

Projek ini akan merapatkan lagi hubungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan dengan rakyat jelata. Penglibatan Baginda berdua dalam menangani masalah kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat akan bertambah mendapat junjung kasih daripada hamba rakyat sekelian.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net