Photo Blogging

By: Tok Ngulu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-May-2007 09:19 Email | Share | Bookmark
KENYIR INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2007

after registration
at starting point...
pose maut dari member kelab KMH
top speed..!!!
warming-up time
 
MTB for DH
 
Carlos with DH bike
Zell (pakai topi)...hardcore DH catagory
Kat 'Base Camp' kami...
Deretan beskal yang masuk bertanding...
DH (down hill) katagori wanita junior
di selekoh maut...
aksi terbang dari peserta DH
menuruni cerun 75 degree!
jump! jump! jump!
another aksi terbang dari peserta DH
ready to fly...
 
 
acara XC katagori wanita junior
 
 
 
acara XC katagori lelaki junior
 
 
bergambar sebelum balik.
sib baik banner kat belakang tu tak 'hilang'...
dalam perjalanan pulang
peserta wanita sedang berlatih...
pemandangan ditempat acara...
ini kat tasik...
nie plak kat tempat mandi kita orang semua
The end..!!!
Date: 26th-29th April 2007
Day: Khamis - Ahad
Location: Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.

26th – Bertolak ke tempat acara.
27th - 9am mendaftar diri sebagai peserta dalam katagori MTB On The Road (Senior) sejauh 30 km. 10 ahli kelab KMH mendaftar Cuma 4 orang yang berani menyahut cabaran. Bayaran pendaftaran RM10 dan RM5 untuk lesen.
Result: Kesemua members KMH club tidak dapat menghabiskan kesemua pusingan. Aku cuma dapat buat 2 pusingan sahaja dari 16 pusingan...semput peringkat nak pecah buah pinggang!

Petang: Cuaca mendung diikuti oleh hujan renyai renyai.
Test track cross-country (xc) dengan kawan kawan. Track dah jadi macam kubang kerbau…berlumpur dan licin…memang thrill giler! Ada part terjun lopak, daki tebing tinggi dan meniti jambatan sempit. Badan kesemua member dah jadi macam kerbau yang baru lepas berkubang, lumpur sampai masuk ke mulut…memang best sangat sangat! Letih? Tak usah nak cakap lar…hendak bernafas pun tak berapa lancar dibuatnya!

Lepas berkubang kat track, kita orang semua mandi kat jeti tasik sambil cuci beskal masing masing. Ada sorang pakcik bagitau, kedalaman tasik nie ada mencecah 4000 kaki! Ikan toman tak ader ke kat sini pakcik? Ada… tu yang buat aku lemah semangat nak mandi nie…

Malam: Lepas makan malam kita orang pergi pekena roti canai dan teh tarik kat gerai tepi tasik. Bila minta the dia kata tak ader susu pekat…kehabisan stok katanya. Aiiikkkk! semalam pun tak ada susu…tak kan lah tak sempat nak beli. So..terpaksalah we all semua minuman ‘O’ sahaja. Ramai member member yang tersengguk sengguk kat meja…mengantuk! Kebanyakan malam nie, semuanya tidur awal. Belum pukul 12 t/malam semuanya dah dibuai mimpi…tak macam mula mula sampai dulu. Ada group kami, pukul 5 pagi baru ‘senyap’ Aku yang tidur bersebelahan nie pun terkena tempiassss!

28th Pukul 7 pagi dah berendam dalam tasik. Air nya suam suam kuku. Best untuk mandi pagi. Pagi nie ada acara DH peringkat lelaki dan perempuan Junior dan Senior. Selepas sarapan aku tempat pertandingan. Sekarang peringkat wanita junior. Aku mmg tabik lar pada peserta Down Hill (DH) nie…walaupun perempuan tapi lasak giler! Aku sendiri tak berani nak kayuh beskal menuruni bukit. Kalau track premix tu taka per nie track tanah…berlopak, beralur dan licin! Kecerunan nya mencecah 80 darjah! Ada setengah setengah part tu, ada peserta yang bagi beskal dia jalan dulu…ada yang menggelungsur dengan beskal, ada yang terguling guling jatuh dan ada juga yang selamba badak turun dengan beskal. Berani betul dia orang nih…

Sehari sebelum tu, group aku ada bersembang dengan salah seorang peserta DH. Dia nie budak Penang. Dia bagitau, dia kayuh beskal masa dia form 2 lagik…tak macam kami, anak 2 baru nak kayuh beskal! hehehe…Dulu dia nie dlm katagori XC sekarang dah beralih kepada DH. Beskal dia pun aku tenguk berbelas belas ribu gak…dia bagitau frame sahaja dah RM8000!

Lepas habis acara, aku balik dahulu ke khemah. Aku nak cuci beskal aku dan mandi manda. Tak lama kedian, dia orang pun joint sama. Selepas makan t/hari kami semua pun berkemas untuk berangkat pulang. Bila semuanya selesai, kami singgah untuk lihat acara XC lelaki/wanita junior.
Pukul 6 petang barulah kami meninggalkan Tasik Kenyir…see again next year!

Berhenti rehat dan minum kat Bandar Permaisuri.

8pm kami berhenti sekali lagi. Kali nie kat Jerteh. Pekena roti tempayan. Ada sesuatu yang menarik kat sini…so aku syorkan, kalau kau orang semua melalui bandar Jerteh jangan lupa singgah kat sini. Kedai dia betul betul depan stesen minyak Petronas. Kalau dari Kota Bharu, sebelum sampai jambatan Jerteh. Apa yang menarik? Aku malas nak cakap, kau orang nengok sendirik lah yer...!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net